Thursday, October 30, 2008

ucapan perpisahan

Ucapan ni, of course, kita tak pernah dengar kat corong-corong radio. Sedih pun ada, nak tergelak pun ada. Layannn........




Tuesday, October 14, 2008

RUMAH TERBUKA HARI RAYA JUMAZIAH DI KG. TERNAS, SIK














Pada 14hb. Oktober 2008, Ju jemput aku, ke rumahnya sempena hari raya aidil fitri. Aku pergi bersama dengan Liana, Along dan Qayyum pada jam 12.30 tgh. Ju buat laksa dan bihun.. Katanya, dia sendiri yang masak makanan tersebut. Akhirnya, merasa jugak aku makan masakan dia.....

Monday, October 13, 2008

Jamuan Perpisahan Pelajar Praktikal

Jamuan akan diadakan pada 19hb. Oktober 2008. Jamuan diadakan bersempena dengan tamat latihan pelajar-pelajar dari Kolej Teknologi Alpha, Seremban iaitu Jumaziah (JU) dan Kak Long. Jamuan akan bermula pada sebelah pagi kira-kira jam 10.00 pagi. Semua staff pejabat daerah sik dijemput hadir.

Thursday, October 9, 2008

Jamuan Hari Raya Pejabat Daerah Sik

Jamuan Hari Raya Aidil Fitri Peringkat Daerah Sik bertempat di Perkarangan Pejabat Daerah Sik akan diadakan pada 23hb. Syawal 1429 bersamaan dengan 23hb. Oktober 2008. Semua ketua-ketua jabatan, YB-YB, Ketua-Ketua Kaum, Rakyat jelata dijemput untuk menghadiri upacara tersebut..

MAKLUMAN PENTING!

Kepada Penghulu Mukim Jeneri adalah diingatkan kepada beliau bahawa jamuan untuk tuan tidak disediakan memandangkan tuan dimaklumkan kepada pihak kami bahawasanya tuan adalah seorang pelahap yang nyata......

My sweet sons




Nilah anak-anak kesayangan aku ......... Comel kan!!!.. Bapanya tak setara mana pun.... tapi boleh dikategorikan "Boleh Tahan Jugakkk"

Monday, October 6, 2008

BALIK RAYA DI BT. PAHAT, JOHOR


Sambutan Hari Raya Aidil Fitri pada tahun 2008 kali ini di Kg. Bharu, Senggarang, Bt. Pahat, Johor. Hampir keseluruhan saudara mara di Johor balik ke kampung untuk meraikan bersama. Tapi pada hari raya kali ini, kami semua tidak merayakan aidul fitri tanpa orang yang tersayang iaitu Allahyarham Tn. Hj. Saman Bin Hj. Simon @ Wasimon iaitu bapa mertuaku yang telah kembali ke Rahmatullah pada 5hb. Mei 2008. Abah meninggal ketika hendak menunaikan solat Isya dengan berbasikal. Apabila azan isya berkumandang iaitu ketika laungan azan "Hayya'allfalahhhh......" tiba-tiba sebuah kereta WAJA melanggar abah, dan abah meninggal serta merta..... Semoga abah ditempatkan dikalangan roh para syuhada..AMINNN...

Sunday, October 5, 2008

JAMUAN BERBUKA PUASA DAN SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN PERINGKAT DAERAH SIK

Pada 8hb. September 2008, bertempat di Perkarangan Pejabat Daerah Sik, telah berlangsung Majlis Berbuka Puasa serta sambutan Hari Kemerdekaan Ke-51 peringkat Daerah Sik. Antara jemputan yang hadir pada hari tersebut ialah YB. Ahli Parlimen Sik, YB ADUN Belantek, YB. ADUN Jeneri serta semua ketua-ketua jabatan daerah Sik, Anak-Anak Yatim, parti-parti politik dan macam-macam lagi....