Thursday, November 20, 2008
MAJLIS PERKAHWINAN ADIK AKU
Majlis telah berlangsung pada 25hb. Oktober 2008 di rumah ayahku di Km 6 Jalan Kuala Kedah, Lorong Orkid, Alor Setar. Ramai juga tetamu yang datang melebihi jangkaan. Kawan-kawan pejabat yang datang adalah Tn. Hj. Mukhtar, En. Suhaimi, dan Penghulu Shofi.. Majlis dimeriahkan lagi dengan acara-acara seperti berzanji yang disampaikan oleh Ustaz Tirmizi bersama dengan kumpulannya, Nasyid serta nyanyian lagu asli oleh abang iparku iaitu Abg Syahril yang berpengalaman mendendangkan lagu asli..... Tetamu yang bukan beragama islam dan juga jiran lama semasa keluarga kami menetap di quarters JKR juga tidak ketinggalan datang untuk sama-sama memeriahkan lagi majlis.. Semoga kebahagian adikku (Siti Syakirin) berkekalan samapi ke akhir hayat....... Aminnnnn
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment